Urus pengeluaran makanan usah jadi ‘bangau oh bangau’

Processed with Snapseed.

Selepas dunia dilanda pandemik COVID 19 sehingga menyukarkan kehidupan manusia, dunia sekali lagi menghadapi bencana ekonomi dengan kesan langsung kepada manusia ialah peningkatan harga barang mendadak.

Peningkatan berkali ganda ini bukan membabitkan barangan mewah, tetapi barangan asasi, iaitu keperluan seharian manusia. Di negara ini, harga minyak masak berasaskan sawit meningkat sekali ganda, bekalan ayam terputus dan jika adapun harganya meningkat di luar jangkaan, manakala harga telur meningkat tinggi.